Salam 1 Malaysia!!!
Oh, ya. Aku masih belum tepek gambar raya untuk tontonan anda semua. Al-maklumlah, aku sibuk. Ah, alasan lapuk. Jom tengok gambar raya kami pada tahun ini.
Pada jam 11.00 pagi, kami memulakan sesi bermaaf-maafan. Lihat gambar kat bawah ni. Masing-masing tersenyum bila nak minta maaf. Sebab apa? Dapat duit raya!!!
Kat bawah ni pulak sesi aku dan keluarga (ayah, ibu, kak long, kak ngah etc la senang cakap)
Hok ni gambar candid. Sila tengok si rambut tebal nak mampus ni. Kak ngah bising. Dia cakap
“Rambut kau ni spoil la. Tebal”.
Nilah hasilnya bila semua dah bersedia. Gambar ni kak ngah yang tangkap. Ok, tukar orang pulak.
Eh eh eh. Sila perhatikan. Keluarga aku semua yang pakai baju biru. Keluarga Mak Long pink, keluarga Mak Ina purple, keluarga ucu pulak merah. Hahaha, kalau hilang pun tak susah hati.
Gambar yang kat atas ni, aku yang tangkap.
Gambar kami sekeluarga bersama atuk. Satu-satunya datuk yang kami ada. Isteri beliau sudah ke rahmahtullah pada tahun 2008. Dah 3 kali raya tanpa nenek sebelah ibu.
“Ngah, tangkaplah gambar ibu dengan ayah. Then masuk kat facebook” kata wanita di atas.
“Ibu mana ada facebook” balas kami anak beranak.
“Kau buatkanlah”.
Kami ketawa berdekah-dekah kemudian. Boleh tahan juga orang tua ni. Hahaha…
Adib (no. 5) dan Amir (no. 6)
Jiha (no. 7) dan Biha (no. 8). Si Jiha nak buat sign peace sebenarnya. Tapi dia buat no. 3…
“Ayah” panggil Biha sambil pandang aku.
“Eh, ni bukan ayah la. Ni abang” jawab aku.
“Alah, uwa-uwa oleh lah” jawab dia.
Maksudnya: “alah, dua-dua boleh lah”
Suka hati kau je kan Biha nak panggil aku ayah? Hahaha…
1 comment:
selamat hari raya~~~ hehhe
Post a Comment