September 16, 2010

Al-Fatihah buat Datuk Sosilawati dan 3 yang lain

Kehilangan misteri Datuk Sosilawati Bt Lawiya dan 3 yang lain sudah pun terjawab. Aku malas nak komen panjang lebar kerana setiap hari, media elektronik dan juga media cetak banyak membuat liputan perihal kematian tragis arwah dan juga rakan-rakannya.

Aku baru saja online facebook dan join group pasal kematian Datuk ni. Itupun selepas satu akhbar meng'war-war'kan page ini. Kalau kau orang nak join, taip saja nama Sosilawati dan aku rasa berderet-deret page yang akan keluar. Bagi aku, klik ‘like’ saja tak cukup jika anda tidak bacakan surah Al-Fatihah buat mereka semua.

Al-Fatihah…

p/s: sampai sekarang aku masih berfikir. kenapa pembunuh itu sanggup membunuh dengan kejam? sebab duit? bukankah "datuk" itu sudah mempunyai kekayaan yang dianggarkan bernilai 200 juta? nilai yang berganda daripada kekayaan Datuk Sosilawati?

p/s: aku harap, semua amal jariah yang arwah buat semasa hayat masih ada dapat membebaskan beliau daripada azab kubur. arwah terkenal dengan sikapnya yang dermawan. insyallah. sama-sama kita doakan kesejahteraan arwah.


No comments: