September 29, 2010

Hari Raya Aidilfitri

Salam 1 Malaysia!!!

Oh, ya. Aku masih belum tepek gambar raya untuk tontonan anda semua. Al-maklumlah, aku sibuk. Ah, alasan lapuk. Jom tengok gambar raya kami pada tahun ini.

Pada jam 11.00 pagi, kami memulakan sesi bermaaf-maafan. Lihat gambar kat bawah ni. Masing-masing tersenyum bila nak minta maaf. Sebab apa? Dapat duit raya!!!

Kat bawah ni pulak sesi aku dan keluarga (ayah, ibu, kak long, kak ngah etc la senang cakap)


Hok ni gambar candid. Sila tengok si rambut tebal nak mampus ni. Kak ngah bising. Dia cakap

“Rambut kau ni spoil la. Tebal”.

Nilah hasilnya bila semua dah bersedia. Gambar ni kak ngah yang tangkap. Ok, tukar orang pulak.

Eh eh eh. Sila perhatikan. Keluarga aku semua yang pakai baju biru. Keluarga Mak Long pink, keluarga Mak Ina purple, keluarga ucu pulak merah. Hahaha, kalau hilang pun tak susah hati.

Gambar yang kat atas ni, aku yang tangkap.

Gambar kami sekeluarga bersama atuk. Satu-satunya datuk yang kami ada. Isteri beliau sudah ke rahmahtullah pada tahun 2008. Dah 3 kali raya tanpa nenek sebelah ibu.

“Ngah, tangkaplah gambar ibu dengan ayah. Then masuk kat facebook” kata wanita di atas.

“Ibu mana ada facebook” balas kami anak beranak.

“Kau buatkanlah”.

Kami ketawa berdekah-dekah kemudian. Boleh tahan juga orang tua ni. Hahaha…

Adib (no. 5) dan Amir (no. 6)

Jiha (no. 7) dan Biha (no. 8). Si Jiha nak buat sign peace sebenarnya. Tapi dia buat no. 3…

“Ayah” panggil Biha sambil pandang aku.

“Eh, ni bukan ayah la. Ni abang” jawab aku.

“Alah, uwa-uwa oleh lah” jawab dia.

Maksudnya: “alah, dua-dua boleh lah”

Suka hati kau je kan Biha nak panggil aku ayah? Hahaha…

September 26, 2010

nikah gantung?

Ok, sekarang aku bukan nak berceramah. Aku saja nak bincangkan perihal ‘nikah gantung atasi gejala buang bayi’.

Ikuti perbualan di fb antara aku, pak din dan musa.

Azri azlan, pak din (teman sekolah, siswa UMP), musa (teman sekolah rendah, siswa di Jepun)

kite nikah ni bkn utk melempiaskan nafsu semata2... bnyk lg aspek lain kite kene tgk.... dgn persekitaran dunia skung ni....faktor kewangan r yg plng utama sekali

saya setuju tapi kebanyakan remaja zaman sekarang bukan memandang jauh seperti saudara. mereka lihat seks adalah permainan tanpa memikirkan kesan pada jangka panjang.

demi untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti buang bayi dan pengguguran haram, saya sangat setuju supaya nikah gantung diamalkan.

kita kena ingat, anak juga adalah rezeki dan insyallah, dengan adanya pernikahan, akan bertambahlah rezeki pasangan itu.

tp xbole gak...selagi xde sifat tanggungjawab dlm diri laki tu... sama aje bg si laki tu dah kawin ke blom.... lau dh kawin lg r seng bg si lelaki tu nk wat projek.... xyah sembunyi2 lg

tapi kita berbincang pasal hukum halal atau haram sekarang ni. pasal nasab keturunan yang bakal dilahirkan kelak. itu ikut merekalah nak wat pojek atau apa. yang penting cara itu halal sebab ISLAM dah halalkan perhubungan mereka.

kalau kita cakap anak haram, masyarakat kita sering pandang enteng akan hal ini. anak haram dikeji dan dihina padahal mereka tak bersalah. yang bersalah adalah ibu dan ayah mereka. sebab itulah kadar jenayah pembuangan bayi dan pengguran haram meningkat dari semasa ke semasa.


banyak aspek yang kita perlu lihat dalam hal ini. bukan dari satu sudut aje...

kan?

susah,susah... kalau nikah gantung ni diamalkan di malaysia ni... semakin ramai r muda mudi di msia ni yg berfikiran cetek... bg aku soal anak haram tu x timbul langsung!!! sume bayi yg dilahirkan suci bersih mcm kain putih... terpulang kpd si pengasuh mcm mane nk mencorakkan bayi tu...

berfikiran cetek yang macam mana dalam fikiran saudara?

fikir nafsu semata2... kawin hanya untuk memuaskan nafsu masing2....

kita sedang membincangkan soal nikah gantung. soal anak haram memang timbul di sini. kalau bukan kerana isu buang anak dan penguguran anak, tak timbullah isu nikah gantung. ada orang gugur anak sah taraf? mungkin ada tapi bilangan sangat kecil.

saya kira berkahwin adalah jalan yang terbaik untuk melampiaskan nafsu dengan cara yang halal. yang penting halal. soal kahwin hanya untuk memuaskan nafsu masing-masing adalah soal kedua sebab perkara pokok di sini adalah untuk mengurangkan kes buang bayi.

ini sekadar pendapat aku aje.

tp xbole,xbole...nk kawin tu kene ada pekerjaan tetap gak... kalau x nk bg ape baby tu mkn jap g??? lg r STUDENT... duit poket pon MAK BAPAK yg support lg,ada hati nk kawin pas2 wat anak sendiri???? xmungkin,xmungkin.... hahahaha....

appe yng ak paham pasal nikah gantung nih, setelah bernikah pihak isteri tidak menyerahkan isteri untuk tinggal bersama suami atas sebab2 yang tertentu.

nikah gantung tu menyalahi syariat islam kate ustaz azhar,syariat Islam menghendaki isteri tinggal dengan suami setelah berlansungnya aqad nikah. ade sesetengah keadaan , mcm suami keje laut ke, kena kuar 6 bln ke , tngk persetujuan isteri, xleh suke2 je, nafkah isteri dan anak2 x bleh diabaikan.

ntah.... ingat kawin ni bende main2 ke....bnyk bende yg kene prepare lu smlm nk kawin... lau nikah gantung g2, aku pon nk nikah skung jugak.... huhuhuhuhu....

yang aku tahu halal sebab nabi muhammad s.a.w. pun tak terus tinggal sebumbung dgn saidatina aisyah r.a. sebab isteri baginda masih di bawah umur. tu yg aku tahu la. tapi siapa kita kalau nak dibandingkan dengan nabi muhammad s.a.w.

banyak info, rajin-rajin la baca link bawah ni ye. bukan sekadar pendapat kosong tanpa bukti...

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=7491

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=7289

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=9255

http://www.ehoza.com/v4/forum/isu-semasa-2010/120491-nikah-gantung.html

http://www.amp.org.sg/amp07/data/Karyawan%20-%20Vol%209%20Issue%201/Vol%209%20Iss%201%20-%20Nikah%20Gantung.pdf

http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story8100773.asp

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=51&thread_id=11677&rowstart=0

terima kasih

http://www.yussamir.com/2007/01/nikah-khitbah.html

http://halaqah.net/v10/index.php?page=138

pada pandangan aku, mayb sbb saidatina aisyah r.a x baligh lagi, so nafkah batin masih tidak perlu dilaksanakan,

ak pon bru first time dgr kawin gantung nih ,so pasal halal haram, tidak pasti,,link ak refered b4...

http://ustazazhar.com/v1/munakahat/nikah-gantung.html

p/s: pendapat korang pulak, macam mana?

September 16, 2010

Al-Fatihah buat Datuk Sosilawati dan 3 yang lain

Kehilangan misteri Datuk Sosilawati Bt Lawiya dan 3 yang lain sudah pun terjawab. Aku malas nak komen panjang lebar kerana setiap hari, media elektronik dan juga media cetak banyak membuat liputan perihal kematian tragis arwah dan juga rakan-rakannya.

Aku baru saja online facebook dan join group pasal kematian Datuk ni. Itupun selepas satu akhbar meng'war-war'kan page ini. Kalau kau orang nak join, taip saja nama Sosilawati dan aku rasa berderet-deret page yang akan keluar. Bagi aku, klik ‘like’ saja tak cukup jika anda tidak bacakan surah Al-Fatihah buat mereka semua.

Al-Fatihah…

p/s: sampai sekarang aku masih berfikir. kenapa pembunuh itu sanggup membunuh dengan kejam? sebab duit? bukankah "datuk" itu sudah mempunyai kekayaan yang dianggarkan bernilai 200 juta? nilai yang berganda daripada kekayaan Datuk Sosilawati?

p/s: aku harap, semua amal jariah yang arwah buat semasa hayat masih ada dapat membebaskan beliau daripada azab kubur. arwah terkenal dengan sikapnya yang dermawan. insyallah. sama-sama kita doakan kesejahteraan arwah.


September 8, 2010

Kehilangan beliau masih menjadi tanda tanya

Gambar ini dirakamkan pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Aku dan family beraya ke rumah beliau di Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Kehilangan beliau menjadi berita buruk buat aku sekeluarga.

p/s: Kalian tolong doakan keselamatan beliau dan juga yang lain-lain. Semoga beliau sempat dan dikurniakan keselamatan untuk menyambut Syawal yang bakal menjelang tiba.