Ya, kalau bukan aku, siapa lagi. Aku juga manusia. Kalian juga manusia bukan? Kita semua tak pernah lari dengan kehendak dan juga kemahuan seperti itu. Tentu mahu yang indah-indah belaka. Nak pakai baju yang cantik, nak tinggal di rumah besar, nak pandu kereta mewah, nak isteri@suami yang cantik@kacak, dan macam-macam lagi.
Selagi namanya manusia, kita tak pernah puas dengan apa yang kita ada. Percaya tak kalau aku cakap yang kita ni tak pernah@terlupa seketika nak ucap terima kasih pada ALLAH kalau kita dapat mengecapi sesuatu nikmat?
Sebagai contoh.
Dulu risau. Lepas sekolah menengah, kalau tak dapat sambung belajar kat universiti, nak buat apa? Kemudian, si manusia ni selalu buat sembahyang hajat dan berdoa mudah-mudahan permohonan masuk universiti tersangkut. Masa itu, sembahyang wajib saja tak cukup.
Bila dah dapat masuk universiti, sukanya bukan kepalang. Di situ, terlupa nak ucap syukur. Sembahyang hajat dan doa ditinggalkan. Buat yang wajib sudah cukup.
Ok. Selesai. Tapi bila nak ambil peperiksaan semester, mula buat sembahyang hajat semula. Doa macam tak cukup tangan. Risau bila keputusan peperiksaan tidak seperti yang diharapkan. Lepas sembahyang, doa pula untuk dilimpahkan rezeki, panjang umur, dan macam-macam. Masa tu, belum fikir untuk berdoa pasal jodoh. Lupakan dulu pasal jodoh. Katanya…
Usai 3 tahun sambung belajar di universiti, berdoa pula tentang jodoh. Mudah-mudahan dipertemukan dengan wanita yang solehah dan macam-macam lagi. Masih berbaki 2 tahun lagi sesi pembelajaran di universiti sebelum memegang segulung ijazah.
Ah, manusia memang tak pernah puas. Dah dapat sedikit nikmat, nak pula nikmat yang lain. Oh, bukankah itu norma kita sebagai manusia?
*** “manusia” di atas adalah aku sendiri. Tak mahulah bercerita tentang orang lain.
No comments:
Post a Comment