Dulu memang gila berblogging. Ada masa sampai 2-3 entry dalam sehari. Tak sabar untuk update blog katanya. Gelojoh! Sebelum taip kat misrosoft word, mesti karang ayat-ayat yang best jiwang dalam kepala supaya kalian terbuai dengan kata-kata Azri Azlan. Hahaha…
Kalau jalan-jalan pula, mesti bawa kamera Lumix untuk diabadikan di DIARI HATI AZRI AZLAN. Tapi sekarang macam dah kurang. Entah kenapa.
Mungkin disebabkan kamu kamu kamu yang hanya menjadi silent reader tanpa memberikan sebarang komen. Kamu kamu kamu, sudah sudahlah tu. Sila tunjukkan diri kamu supaya saya di sini kenal kamu juga seperti mana kamu kenal saya. Adil bukan? Kamu kenal saya, saya kenal kamu. Eh, cakap macam kau tu artis. Padahal kau ni entah sesiapa.
Tolong ya kamu…
2 comments:
saye saye saye kew??? x mo la pth smgt ok... chaiyok
iya, kamu kamu kamu
dan kamu kamu kamu yang lain mana?
hakhakhak
Post a Comment