August 31, 2010

Hahahaha Hehehehe


Kepada Cik Farah, hadiah dan pesanan anda sudah dipos ke alamat yang diberikan. Sekian, terima kasih.

Pssstttt: Kalau nak tahu apa yang cik Farah pesan, sila ke mahar collection. Juga ke facebook saya.

Mati akal. gila sekejap.


Jumaat ni aku ada exam AMA tapi masih lagi boleh melayan fb dengan makan kerepek tempe depan lappy.

Adoiyai, malasnya nak belajar. Hahaha...

Tapi selagi tak habis, tak boleh grad. Uwuaaaaaaaaa, nak grad cepat-cepat boleh tak?

*** AMA is referring to advanced management accounting, the killing subject for an accounting student. For more information about this subject, feel free to click at the link below. Tq


August 26, 2010

Saya bukan gila glamor

Baju melayu tahun ni warna biru turquoise. Iya, semua warna yang seakan-akan sama. Bukan sama ya. Nanti orang panggil kami penanggah pulak walhal kami adalah… (korang boleh sambung sendiri ayat ni).

Insyallah, pertengahan tahun depan akak sulung aku akan mendirikan rumahtangga. Dan aku dan adik-adik akan dapat seorang abang ipar. Hahaha… aku tak biasa panggil tunang akak “abang” sebab aku tak pernah panggil seseorang dengan gelaran itu sebelum ni. Uwekkk… Hahaha…

So, masa tu aku ingat nak suruh semua pakai baju melayu. Bapak ah. Mesti panas gila kan kalau tengahari buta pakai baju melayu dan baju kurung. Tapi takpalah. Sekali seumur hidup. Biar sama je dan kena dengan tema. Kalau bukan tuan rumah yang ikut tema, siapa lagi ya tak?

*** Entry ni takda kena mengena antara warna baju melayu, majlis perkahwinan atau pun bakal abang ipar. Saja nak beritahu, baju melayu aku yang tempah tak siap lagi. Sebelum puasa bai aku tempah baju melayu tuh. Apa pasal kelemer sangat orang ni? Hukhukhuk…

August 19, 2010

Pembaca Senyap Yang Bertuah


Kepada tuan yang empunya blog, sila baca "pengumuman" di sebelah kanan atas blog saya. Terima kasih...

Cik puan besar Farah Shuhaidah Binti Ishak dengan rasminya telah dilantik menjadi duta MC (duta produk katanya) dan jika beliau ingin hadiah ini, sila linkkan blog MC di sidebar blog anda (yang besar-besar pun takpa). Eh, Farah. Faham tak ayat ni? Macam susah nak faham aje ayat ni. Huhuhu



August 17, 2010

Dulu lain, sekarang lain

Dulu memang gila berblogging. Ada masa sampai 2-3 entry dalam sehari. Tak sabar untuk update blog katanya. Gelojoh! Sebelum taip kat misrosoft word, mesti karang ayat-ayat yang best jiwang dalam kepala supaya kalian terbuai dengan kata-kata Azri Azlan. Hahaha…

Kalau jalan-jalan pula, mesti bawa kamera Lumix untuk diabadikan di DIARI HATI AZRI AZLAN. Tapi sekarang macam dah kurang. Entah kenapa.

Mungkin disebabkan kamu kamu kamu yang hanya menjadi silent reader tanpa memberikan sebarang komen. Kamu kamu kamu, sudah sudahlah tu. Sila tunjukkan diri kamu supaya saya di sini kenal kamu juga seperti mana kamu kenal saya. Adil bukan? Kamu kenal saya, saya kenal kamu. Eh, cakap macam kau tu artis. Padahal kau ni entah sesiapa.

Tolong ya kamu…


August 12, 2010

Puasa puasa puasa

Kepada semua umat Islam di Malaysia,

saya ingin mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.

Semoga semua amalan kita diterima dan diredai oleh ALLAH

S.W.T.


August 8, 2010

BBQ



Masa ni, kami seramai 8 orang sedang berbeku kat tasik UNITEN. Hanya gambar ini saja yang boleh aku kongsikan di sini kerana gambar yang lain mempunyai unsur lucah yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak di bawah umur. Hahaha...



August 6, 2010

Nak bergaya sakan di musim raya ni?


Gambar ini adalah sebahagian sahaja daripada koleksi yang ada di MAHAR Collection.

Jika berminat, sila kunjungi MAHAR Collection untuk melihat lebih banyak koleksi gelang, rantai, anting-anting, cincin dan juga brooch yang cantik-cantik belaka apatah lagi jika digayakan dengan baju kurung ketika di pagi Syawal nanti.

Oh, ya.

Design sendiri juga diterima...