January 7, 2010

Azri Azlan

Salam!

Hari ini, aku nak umumkan satu berita baik buat kalian semua. Aku mahu menganjurkan satu pertandingan sempena hari baik dan juga bulan ini. Eh, tak ada kena mengena. Bulan ini buka hari jadi kau. Ulang tahun perkahwinan kau pun bukan. Habis, bulan ni bulan apa? Hahaha, tak ada apa-apa. Aku saja-saja aje nak buat sebenarnya. Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia.

Ok, macam ni. Pertandingan ini akan berlangsung selama sebulan, iaitu dari 8 Januari 2010 hingga 7 Ferbuari 2010. Dalam tempoh tersebut, aku layak untuk mempercepat, melanjutkan atau membatalkan tempoh pertandingan (matilah aku kalau aku batalkan pertandingan ni. Mesti kau orang maki aku kan lepas ni?) Ok, tak nak batal. Lupakan aje pasal ayat batal itu.

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut;

  1. mempunyai blog, friendster,myspace atau facebook(tagged tidak diterima sebab aku dah delete akaun tagged).
  2. sila pastikan anda adalah follower atau pun rakan aku dalam senarai laman social tersebut. Jika bukan, anda perlu add aku sebagai kawan atau menjadi follower aku terlebih dahulu.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah;

  1. hantarkan e-mel salam perkenalan dan juga link blog, friendster, myspace atau facebook anda ke azri151089@yahoo.com.

Contoh: hai, nama aku azri azlan. Aku dah join contest kau. Ni alamat blog/friendster, myspace/facebook aku, www.azriazlan.blogspot.com. Jangan lupa view ok?

Kiriman e-mel yang ke-100 dan ke-200 layak menerima hadiah daripada aku. Anda boleh menghantar seberapa banyak e-mel yang anda mahu asalkan isinya tidak sama seperti yang sebelumnya. Kau orang goreng aje apa-apa ayat. Kalau dah tak boleh fikir, kau orang nak terbalikkan ayat pun boleh. Hehehe…

Contoh 1= hai, nama saya azri azlan. Saya dah join contest awak. Ni alamat blog/friendster, myspace/facebook saya, www.azriazlan.blogspot.com. Jangan lupa view ok?

Contoh 2 = salam, saya azri azlan. Sila lawat www.azriazlan.blogspot.com untuk mengenali saya sebab saya dah join contest awak. Terima kasih.

Sangat senang, bukan? Apa lagi? Joinlah sekarang. Hadiahnya akan diumumkan pada entri yang akan datang. Dan hadiah tersebut bukan aku beli ok. Aku sendiri yang akan membuatnya. Nak tahu apa? Tunggu aje ok…

Insyallah, kalau tak ada aral nama pemenang akan diumumkan pada 7 Februari 2010.

p/s: aku terpaksa buat akaun facebook sebab lecturer Macroeconomics aku akan update pasal pelajaran melalui facebok termasuklah tips untuk quiz, midterm dan juga tutorial. Harap maklum.


3 comments:

Jo said...

dahsatla terpaksa buat fb.
orang laen suma gila fb skang.



:))
kamu bebas pengaruh.

aZRi aZLaN said...

hahaha, bebas pengaruh? kamu boleh goda saya dengan ________ tapi bukan dengan facebook.
hehehe...

jgn lupa join ye yazith?

Deqna said...

okay deqna join jugak! heheehe~

:)