June 23, 2009

Layan...

1. Kekasih saya adalah :
keluarga saya yang sangat saya sayangi. Dan juga si dia yang sentiasa berada di ingatan…

2. Saya sedang mendengar :
lagu daripada blog Lil^GriZzLe A(This Is My Wardrobe).

3. Mungkin saya patut :
panjat gunung seperti dulu-dulu supaya lemak-lemak dapat dikurangkan.

4. Saya baru sudah :
solat maghrib pada pukul 7.35 malam.

5. Beza rakan, sahabat, kawan :
aku tak tahu perbezaan mereka. Yang aku tahu, aku mempunyai ketiga-tiganya.

6. Saya tidak faham :
kenapa masih lagi ada manusia yang hipokrit? Saya sungguh tak suka!

7. Saya perlu mencari :
wang yang banyak supaya semua benda yang saya nak, dapat dipenuhi.

8. Ayat terakhir yang dikatakan kepada saya :
kenapa kau patahkan spoiler ni? (kata Adib, merujuk kepada spoiler kereta control aku)

9. Makna kehidupan :
dilakonkan oleh watak-watak utama(diri kita sendiri) disamping watak-watak sampingan
(kita tak boleh hidup tanpa mereka).

10. Cinta itu adalah :
suatu pelajaran. Cinta mengajar kita erti rindu, kasih dan sayang yang tidak boleh kita perolehi
di mana-mana. Setuju?

11. Saya paling suka :
lepak dengan kawan-kawan sambil tangkap gambar.

12. Saya akan cuba :
buang tabiat malas yang tiba-tiba melingkar dalam diri.

13. Mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan LAH di akhir ayat mereka :
LAH merujuk kepada Lah V.E. Hahaha…

14. Telefon bimbit saya :
jenis zaman tok kaduk. Sedang berfikir untuk bertukar ke telefon bimbit yang baru.

15. Katil saya :
bersepah dengan laptop dan baju-baju saya yang tersidai. Hahaha…

16. Soalan yang bagi saya tidak perlu ditanya :
Kau lelaki ke perempuan? Bodoh punya soalan!

17. Teknologi adalah :
dicipta untuk kesenangan kita bersama.

18. Bagaimana saya boleh memasak masakan yang saya paling pandai masak :
saya belajar masak daripada arwah nenek. Rindukan kek kukus arwah…

19. Semalam :
saya jalan-jalan survey telefon bimbit tapi telefon bimbit yang saya nak, tak ada jual. Huh!

20. Hari ini :
saya jalan-jalan lagi. Ingatkan nak cari baju dan seluar. Akhirnya dapat beli seluar saja sebab
bajunya tak ada yang berkenan. Cerewetkan saya?

21. Malam ini saya akan :
tidur lambat. Dalam pukul 3-4 a.m…

22. Esok pula saya akan :
berusaha mencari apa yang saya mahu.


23. Saya betul2 inginkan :
manuskrip saya diterbitkan!

24. badminton atau futsal :
dua-dua sebab aku suka kedua-duanya walaupun jarang sekali turun padang.

25. Karaoke :
seorang diri dalam k-box sebab malu dengan orang jika mendengar suara saya yang sumbang
mambang ini.

26. Kereta :
Jaguar S-Type. Boleh tercapaikah?

27. Bilik yang terang atau gelap.
Terpulang pada aktiviti yang ingin dilakukan. Kalau nak tidur, mestilah bilik gelap. Kalau nak
online, bilik terang sesuai. Tak sakit mata, tahu?

28. Makanan jepun adalah :
bukan selera saya. Kalau nak berjimat, belanjalah saya di restoran jepun. Sudah pasti saya tak
akan makan. Hahaha…

29. Ayat terakhir yang nak anda katakan pada seseorang :
Sudikah awak jadi girlfriend saya?

30. Siapa yang anda tag:
Shazclan
Yazith Su Anaz
Mira Azlan
Ayisy Syahmi

4 comments:

Jo said...

hoho.




mekaseh
:)))

aZRi aZLaN said...

yazith,
sama2. jwb ye?

shazclan said...

fuh...tak taw plak aku kene tag ngan ko...haha

aZRi aZLaN said...

to
shazclan
weh, touching nih.